Tuesday, September 7, 2010

mission!

MISI UTAMA :  jauhkan diri daripada DY
                             diamkan diri daripada DY
                             elakkan diri daripada bertemu DY
                             shuhhhh pergi pergi !
                             tak nak lagi DY dlm hidupku
                             harap maklum,
                             sekian.
                           
                           

freedom!

hello Kuala Lumpur :) wassup! kini berada di kuala lumpur, kediaman utamaku :) seronok tak terhingga! family, friends is all together include my boyfie hihi. sampai je kl ari jumaat tu abah n abang amek terus pergi lepaking makang makang kat sunway piramid, smpai kol 12 lbh igtkan nak terus balik, badan pun da letih. upenye abah nak singgah g jalan TAR plk, ktorg punn follow je heheh jalan jalan kl plk. pergh memang ramai gle orang, sesak kot memang tak dapat nk beli ape2. nthen masuk butik istana sebelah euro moda tu, memang tak jangka nak bli baju raya lagi igtkan sj nak jalan jalan dlo. last last abah ckp ika nak baju kebaya? ika pergi cube yang ni, 3 helai aku cube, tiga2 aku suke! cntik sgt hehehhe. harga punn mak yaii tak yah cakap la takut den nak pakai haha. aku pun balunn je la da abah yang nak belikan hehe. telan air liur je abang abang aku tu tengok hahaha. jangan jelous along, angah ! BIG THX ABAH :)

everything is okay alhamdulillah hanya tuhan sj yang thu how i felt right now. ngn problem yang bertalu talu datang and finally i can fix it better than that. syukur sangat ! bese la dugaan di bulan ramadhan tuhan nak uji kite bukan :) life must go on wlao ape pun trjadi huhuh. banyak yang aku pelajari n lebih mematangkan aku lagi.

one more thing! paling seronok dapat hangout and berbuka with my friends, chi, dyla, hann, manje can't wait okay! best gle mmg lepas rindu habes time tu hug n kisses sakann! hahaha sume wat lawak, da lama tak gelak mcm tuu :P esoknye plk bersama my boyfie arif :) g mid je pas buka watching movie grows up! happening gle cite tu best la asyik tegelak gelak je aku n hubby. balik tu trus singgah mcd jz take away cm bese fav aku hehe. hari ni plk, berbuka bersama bdk class 6A3 :) miza, dyla, ain z, pojie. thx korg sume dapat luangkan masa bersama korg tetap havoc! hahahh.

tak sabar nk raya yeepee :P

Saturday, August 28, 2010

i love you mum!
insyaAllah nothing happens, istifar banyak banyak ika.. think positive !!
ya Allah , jika ini la dugaan yang harus aku tempuhi di bulan yang mulia ini, aku terima ya Allah. aku redha ya Allah.  kuatkan la semangatku ya Allah, berikanlah aku ketabahan, bantula aku dalam kesusahan mahupun kesulitan  yang telah engkau berikan kepadaku di dunia ini ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambamu yang lemah, engkau kasihani la diriku dan keluarga sepertimana engkau kasihanni hamba-hambamu yang lain Ya Allah.. AMIN...

Wednesday, August 11, 2010

happy fasting everyone!

SEMOGA KITE SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DI BULAN YANG MULIA INI! TINGKATKAN AMAL IBADAT YE WAHAI KWN KWN.

human behaviour.

sejak masuk ke kampus, blog aku tergendala seketika. berhabuk da lama tak dicuci. mmg byk sebenarnya yang ingin aku ceritakan pada semua. tapi tak berkesempatan dan aku perlukan masa yang banyak. disini memang jarang ada masa yang banyak. kalau ada pon, aku sebok ngn asignment tak pun layan fb as usually. ni pon nasib je ade P1 kongsi bersama2 kwn kwn satu rumah dan nasib je sebab aku takde klas arini. bila semuanya dah tergendala begini, aku pon dah takde mood nak menceritakan kisah-kisah tersebut sekarang. banyak sangat. gambar-gambar yang nak diletakkan dan aku pon tatau bila nak masukkan. memang banyak nak dipaparkan pada semua. ni sume gara gara pnyakit malas.huhuh.tapi jangan risau wahai kawan-kawan yg sgt setia menjadi pengikutku, kerana satu hari nnt aku akan masokkan jugak semua yang aku rasa patot dikongsi. cuma bukan sekarang. aku takde mood nak update lg!

disini cuma ada satu cerita yang ingin aku sampaikan. cerita tentang sikap manusia. sikap manusia yang bermacam-macam ragam. dah ramai yang aku jumpa. ini la kehidupan bukan. ada yang poyo, ada yang suka berfoya-foya. ada yang cakap depan lain, belakang lain. ada yang berubah-ubah fikiran tentang sesuatu perkara. ada yang lurus bendul. ada yang degil nak mampos sampai rasa nak sepak terajang. ada yang berlagak nak mampos sampai tak fikir perasaan orang lain. ada yang prihatin. ada yang mengada-ngada. ada yang sangat baik hati. ada yang matang. ada yang kebudak-budakkan. ada yang berlagak bagos dan tahu segalanya. ada yang sangat suka menolong orang lain. ada yang berlagak macam tau segala-galanya. ada yang lawak gila. ada yang lawak tak jadi. ada yang over dan melampau sehingga membuat orang rasa menyampah. ada yang dibuli. ada yang jadi pembuli. ada yang aku kesiankan. ada yang aku tak ambil peduli. ada yang cepat sangat terpengaruh. dan paling aku kesian ialah orang yang terkena kejutan budaya. kesian. sangat kesian. serius aku kesian kan sesiapa yang berkenaan. tapi nk buat mcm mana. da itu jalan  yang dia pilih. bukan aku nk condemned siapa-siapa. cuma nak meluahkan perasaan yang suka melihat gelagat orang lain. aku pon tak perfect. mungkin aku juga ada salah satu sifat yang disebut di atas. tapi alhamdulillah aku sedar siapa aku. aku tau mana arah tujuku. aku tau aku di jalan yang mana. bukan nak cakap aku ni pandai menilai diri. semua orang tahu. tapi cuma tersilap nilai dan tersalah langkah.

apa yang aku cakapkan ni? entahlah. mungkin sebab semua perkara dah tergendala dan tatau nk update apa dalam blog ni, lalu aku bercakap la soal ni kepada semua. takpelah daripada takde apa-apa. kerana aku dah lama tak tulis post yang baru. jadi apa salahnya. terima kasih kerana membaca.


p/s: aku juga manusia biasa. aku sedar aku juga ada kelemahan. kita semua sama cuma berbeza dari fizikalnya. terima kasih.