Friday, March 5, 2010

inilah kehidupan

Semalam,
Adalah sejarah,
Sejarah yang mengajar aku erti sebuah kehidupan,
Sejarah mematangkan aku,
Sejarah mendewasakan aku,
Sejarah mengajar aku menjadi insan cemerlang,
Kerana semalam adalah sejarah.

Hari ini,
Adalah realiti,
Realiti yang perlu ditempuhi oleh setiap insan di bumi ini,
Realiti mengajar aku,
Realiti mendidik aku,
Realiti mengajar aku menjadi insan gemilang,
Kerana hari ini adalah realiti.

Esok,
Adalah misteri,
Tidak tahu sama ada kita masih bernafas ataupun tidak,
Misteri yang penuh dengan kejutan dan keajaiban,
Misteri menakutkan aku,
Misteri menggerunkan aku,
Misteri mengajar aku menjadi insan terbilang,
Kerana esok adalah misteri.

LOVE, ika.